hallo2!


I made this widget at MyFlashFetish.com.



tinta buat ayahnda tersayang:).

Genap tanggal 14/04/1991 bersamaan jam 11.20 pagi ,
Hospital batu pahat menjadi tempat permulaan seorang bayi perempuan.
Dengan penuh rasa syukur seorang ayah memeluk erat anak sulungnya dan mengiqamahkannya.
Penuh dengan harapan didadanya agar suatu hari anak ini menjadi seorang anak yang baik dan berjasa kepada
negara, bangsa, dan agama.

Itulah titik tolak permulaan perjalanan aku di dunia yang fana ini.
Alhamdulillah, abah telah membesarkan ku dengan sebaiknya selama 21 tahun ini.
Dia insan pertama dialah lelaki pertama dan terakhir dalam hidupku.
Abah, akak minta maaf jikalau dalam 21 tahun ini akak ada buat salah dan melawan
cakap abah,lebih-lebih lagi bila abah asyik suruh buat latih tubi math.
Bukan apa,math adlah subjek paling aku benci.
Tapi sekarang, pabila dewasa akak tahu kenapa abah buat semua itu.
Semua itu untuk memastikan akak berjaya di masa hadapan.
Dan ,berkemungkinan sekarang akak tak berada seperti mana sekarang.
Terima kasih abah.

Duhai abah, akak masih ingat waktu raya dan setiap kali abah hantar akak belajar
jauh-jauh ke negeri orang,jauh dari rumah kita.
Hanya mak saja yang menitiskan air mata kerana sedih berpisah dengan akak,
tapi abah hanya kool dan bersahaja dan cuma pesan,'akak,belajar rajin-rajin'.
Hanya sebaris ayat yang keluar dari mulut abah,tapi dalam hati abah siapa tahu?.
Mungkin abah hanya berlakon supaya abah nampak kuat di mata akak dan adik.
Dan mungkin itulah akak tabah seperti sekarang.
Tapi akak tahu abah rindukan akak,sebab mak cakap abah kadang-kadang
tidur dalam bilik akak bila akak tiada.
Abah susah nak cakap rindu dan sayang kepada kami,
walaupun begitu, abah mempamerkan dengan perbuatan abah.

Duhai abah, kau perah segala kudratmu untuk memberikan kami kenikmatan duniawi.
Kau berikan kami pendidikan dan kau beri kami kasih sayang yang tinggi melangit.
Akak dan adik selalu mendoakan yang terbaik buat abah.
Akak dan adik akan menemani abah dan mak di di hari-hari tua kalian berdua.
Terima kasih sekali lagi abah:).

MUCH LOVE,
NUR AMIRA FARHANA BAKAR:).

Video ni buat aku semakin ingat kat abah.

psst*:hargailah ibu bapa anda selagi mereka berada disisi anda.
merekalah harta paling bernilai buat kita:).

2 comments:

  1. semoga kasih sayang yg wujud smpi ke syurga...ukhwah mahabbah fillh..

    ReplyDelete