hallo2!


I made this widget at MyFlashFetish.com.



kerinduan tahap maksimum.

Apa itu rindu?
Rindu adalah satu rasa yang mengingatkan kita kepada sesuatu atau seseorang.
Tapi rasa rindu tu tak semestinya kepada bf/gf okay?
Rindu itu bersifat general.

Dalam hati aku ini tersangatlah rindu pada kedua ibu bapa,
keluarga yang berada di johor,si kekasih hati yang berbulan tak jumpa,
si kuceng peliharaan yang gebu lagi montel LALA.
Rindu kat batu pahat tercinta.
Tapi bila dah balik johor mesti rindu kedah pulak?.
Haish,yang tu aku tak tahu nak buat cmna sebab da 4 sem bende sama terjadi.

Esok dah nak berangkat balik dah sebaik sahaja acara memunggah barang ke rumah sewa.
Sem depan duk umah sewa?ada banyak pro dan cons lah.
Khamis bakal tiba dirumah dan malam ini merupakan malam terakhir aku berada di bilik ML-L2-28.
Tetiba sedih menjelma sebab dah rasa selesa sangat dengan bilik ini.
Namun apakan daya,siapalah aku nak menentang pekeliling uitm dihatikuh.

Mungkin kali ini seperti biasa abah dan aku akan bersarapan bersama sebaik saja ketibaanku.
Manakala ahad pula aku akan bertemu dengan si gemuk kesayangan .
Haruslah jumpa kan,dah dekat 3 bulan tak jumpa okay?.
Kekadang tu rasa jeles teramat tengok orang lain macam belangkas berduaan.
Tapi kalau selalu jumpa pun tak elok,nanti orang pandang serong seperti kata si dia.
Ye gemuk,saya tahu.Tak sabarnya nak balik.
Terasa rindu nak gelak dan bergurau macam dulu,
Miss u la asshari:).

Semoga tuhan berkati perjalanan ku nanti.
Wahai semua insan kesayangan,tunggu ketibaanku yep.
Miss u all a lot.:(.


Sekadar gambar hiasan:)

No comments:

Post a Comment